| SHARING - JPJ Modification Guidelines | |
|
|
Author | Message |
---|
jieman82 FOUNDER
Age : 42 Location : USJ16 :: Dengkil :: Putrajaya Registration date : 2007-12-18 Number of posts : 1599
| Subject: SHARING - JPJ Modification Guidelines 21/1/2008, 4:34 pm | |
| Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu : Pemeriksaan Kenderaan-kenderaan Motor dan pemberian maklumat kepada Ketua Pengarah
- Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai :-
- bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
- bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
- bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
- bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya.
Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbaut demikian :-
dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.
| |
|
| |
jieman82 FOUNDER
Age : 42 Location : USJ16 :: Dengkil :: Putrajaya Registration date : 2007-12-18 Number of posts : 1599
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 21/1/2008, 4:41 pm | |
| Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
- Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
- Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
- Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
- Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
- Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
| Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa |
Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
- Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
- Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
- Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
- Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
- Pengubahan ke atas sistem brek.
- Pengubahan ke atas sistem steering.
- Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
- Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
- Penukaran enjin.
- Pemasangan Sunroof di atas bumbung
Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengarah, Bahagian Kawalselia Teknik, Jabatan Pengangkutan Jalan, Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya
Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
- Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
- Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
- Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan. | |
|
| |
jieman82 FOUNDER
Age : 42 Location : USJ16 :: Dengkil :: Putrajaya Registration date : 2007-12-18 Number of posts : 1599
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 21/1/2008, 4:57 pm | |
| Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
- Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
- Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
- Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
- Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
- Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
- Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
- Pemasangan para bumbung.
- Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
- Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
- Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
Nota: Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988. Contohnya:- 1.Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang. 2. Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi. 3. Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps. 4. Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal. | |
|
| |
myv7 MyviX VIP
Age : 40 Location : kLaNg BaNdAr DiRaJa - PuTrAjAyA dC Registration date : 2008-01-04 Number of posts : 1934
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 25/1/2008, 6:06 pm | |
| thnaks for your info bro..tapi aku confuse pasal pamasangan HID...berapa K yg dibenarkan..somebody know? | |
|
| |
art MyviX Junior
Age : 42 Location : Banting Registration date : 2008-01-02 Number of posts : 23
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 27/1/2008, 1:17 pm | |
| - Quote :
- Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
dah baru ke ni..bukan depan je 70%...tepi belakang 50%..... | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 2/2/2008, 12:10 pm | |
| Myv7...JPJ approved smpai 6000k je... |
|
| |
myv7 MyviX VIP
Age : 40 Location : kLaNg BaNdAr DiRaJa - PuTrAjAyA dC Registration date : 2008-01-04 Number of posts : 1934
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 2/2/2008, 2:56 pm | |
| | |
|
| |
trd_sportivo Global Moderator
Age : 41 Location : W/Persekutuan KL :: Jln Duta :: Kajang :: Putrajaya Registration date : 2007-12-19 Number of posts : 4274
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 4/2/2008, 12:28 pm | |
| - Zarma83 wrote:
- Myv7...JPJ approved smpai 6000k je...
setahu aku.. mana ada HID lulus... 4000k ke 6000k ke.. salah suma tuh.. tp belum ada akta lg utk kuat kuasakan kesalahan tu.. skrg ni kalu kena tahan, diaorg saman gak.. | |
|
| |
myv7 MyviX VIP
Age : 40 Location : kLaNg BaNdAr DiRaJa - PuTrAjAyA dC Registration date : 2008-01-04 Number of posts : 1934
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 4/2/2008, 1:32 pm | |
| pulak?...senang2 xyah pakai la...pakai original je | |
|
| |
trd_sportivo Global Moderator
Age : 41 Location : W/Persekutuan KL :: Jln Duta :: Kajang :: Putrajaya Registration date : 2007-12-19 Number of posts : 4274
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 4/2/2008, 2:41 pm | |
| - myv7 wrote:
- pulak?...senang2 xyah pakai la...pakai original je
nak selamat x yah tukar.. aku pun pakai Hi-Low punya.. kalu road block aku blh tukar jadi lampu biasa balik.. hahaha | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 4/2/2008, 3:42 pm | |
| Hahaha sama la dgn aku...Hi-Low...x nak ambik risiko beb...wakakakaka |
|
| |
QAM**** MyviX Junior
Age : 47 Location : KCH Registration date : 2008-07-02 Number of posts : 28
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 6/7/2008, 12:09 am | |
| Bro kalian, mcm mane dgn open pod filter, extracter 4-1/4-2-1 dan exhaust? Tangan wah udah gatal2 nak tukar, tapi takut kene saman.... pls elighten skit... | |
|
| |
prinze MyviX VIP
Age : 40 Location : seantero dunia Registration date : 2007-12-19 Number of posts : 4862
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 8/7/2008, 6:52 am | |
| - jieman82 wrote:
- Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
- Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
- Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
- Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
- Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
- Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
- Pemasangan para bumbung.
- Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
- Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
- Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
whats da 'para bumbung'? | |
|
| |
myv7 MyviX VIP
Age : 40 Location : kLaNg BaNdAr DiRaJa - PuTrAjAyA dC Registration date : 2008-01-04 Number of posts : 1934
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 8/7/2008, 12:12 pm | |
| prinze: sunroof da...
qam: aku p tukar gak tapi setau aku xperlu kebenaran jpj itu some...jgn risau..tp penukaran exhaust akan menyebabkan keta anda bising...dia boleh cas kat situ...huhuhu nasib la...sebolehnya nampak road block jpj especially baik lari je..hehehe | |
|
| |
trd_sportivo Global Moderator
Age : 41 Location : W/Persekutuan KL :: Jln Duta :: Kajang :: Putrajaya Registration date : 2007-12-19 Number of posts : 4274
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 8/7/2008, 11:03 pm | |
| Operasi secara besar-besaran telah bermula 1 Julai lalu. Operasi kali ini melibatkan PDRM & JPJ bagi mengesan kenderaan bercermin gelap serta menggunakan lampu H.I.D. Kompaun maksimum akan dikenakan sekiranya pengguna gagal mematuhi undangĀ² yg telah ditetapkan ini.. Harap Maklum..
*sumber dari Ibu Pejabat Trafik Pasukan, Bukit Aman. | |
|
| |
QAM**** MyviX Junior
Age : 47 Location : KCH Registration date : 2008-07-02 Number of posts : 28
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 9/7/2008, 12:11 am | |
| myv7: jadi kalo pasang eksos jenis bunyi xkuat tue kire ok~ler? Anyone w reliable source dpt konperm ke pasal isu nie ke tak? Hatiku masih 1-2 1-2 lah... he he... Pasal HID pulak, aku dah buat keputusan : Xjadi!!! Now I'm using bab Philips, X puteh abis, ade kuning skit jer, so JPJ xdpt kenekan aku saman, ha ha ha!!!! Too bad Xade kaki H8 lagi kat pasaran, so spot light masih kuning.... sabar jer lah buat mase kini..... | |
|
| |
prinze MyviX VIP
Age : 40 Location : seantero dunia Registration date : 2007-12-19 Number of posts : 4862
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 9/7/2008, 2:30 am | |
| - myv7 wrote:
- prinze: sunroof da...
qam: aku p tukar gak tapi setau aku xperlu kebenaran jpj itu some...jgn risau..tp penukaran exhaust akan menyebabkan keta anda bising...dia boleh cas kat situ...huhuhu nasib la...sebolehnya nampak road block jpj especially baik lari je..hehehe not sunroof la.. | |
|
| |
myv7 MyviX VIP
Age : 40 Location : kLaNg BaNdAr DiRaJa - PuTrAjAyA dC Registration date : 2008-01-04 Number of posts : 1934
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines 9/7/2008, 1:49 pm | |
| prinze: yeyeyeye aku xperasan..bukan sunroof da..soli ma | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: SHARING - JPJ Modification Guidelines | |
| |
|
| |
| SHARING - JPJ Modification Guidelines | |
|